Peraturan Am dalam Makmal dan Bilik Persediaan :
- Tidak boleh makan,minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan.
- Tidak di benarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan.
- semua peralatan sains,bahan kimia hendaklah di kembali ke tempat asalnya setelah digunakan.
- Kelas amali yang masih berjalan di dalam makmal tidak boleh di tinggalkan tanpa sebarang pengawasan.
- Makanan dan minuman adalah di larang simpan di dalam peti sejuk di bilik persediaan
- Kaki tangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa di dalam makmal dan bilik persediaan.
- Peralatan sains,bahan kimia,bahan biologi dan fizik yang berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh di bawa keluar tanpa kebenaran.
- Langkah-langkah keselamatan makmal mesti di patuhi semasa berada di dalam makmal atau bilik persediaan.
- Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.
- Setiap kemalangan di dalam makmal hendaklah di catat di dalam buku rekod kemalangan dalam Makmal.
B) Peraturan Makmal bagi Pelajar
- makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan,tiada sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
- Setiap kerosakan,pecah atau hal kemalangan perlulah di laporkan dengan segera kepada pensyarah atau kakitangan makmal. makmal dan bilik persediaan adalah kawasan larangan.tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran
- peralatan sains,bahan kimia,bahan biologi dan fizik dalam makmal tidak boleh di bawa keluar tanpa kebenaran.
- Peralatan sains,bahan kimia bahan biologi dan fizik hanya boleh digunakan atas arahan dan bimbingan pensyarah.
- Semua peralatan sains,bahan kimia,biologi dan fizik yang telah di gunakan hendaklah di kembalikan ketempat asal.
- Semua radas hendaklah di bersihkan sebelum dan selepas guna.
- Eksperimen tida boleh di jalankan tanpa kebenaran /pengetahuan
- Di larang bermain-main dengan peralatan dan bahan di dalam makmal.
- Tidak di benarkan berpindah dari tempat duduk yang di khaskan ketempat lain tanpa kebenaran pensyarah.
- Kerusi makmal hendaklah di atur dengan kemas.keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas setiap sesi.
- Kertas tidak boleh di gunakan untuk menghidupkan penunu Bunsen.
- Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti di padamkan sebelum di buang ke dalam tong sampah.
- Kayu mancis,kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh di buang ke dalam atau bawah singki tetapi buang dalam tong yang disediakan.
- Makanan dan minuman tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam makmal.
- Air paip dalam makmal tidak boleh minum.
- Tidak di benarkan mengguna peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan pensyarah atau kakitangan makmal.
- Langkah-langkah keselamatan mesti di patuhi setiap masa.
C : PERATURAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA.
- Label pada botol mestilah di baca dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan di gunakan itu betul.
- Gunakan sedikit sahaja bahan kimia semasa membuat pemerhatian kerana ianya sudah memadai untuk memberi keputusan yang jelas.jangan membazirkan bahan kimia.
- Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal.jangan gunakan jari.
- Botol yang mengandungi bahan kimia mesti di tutup semula dengan segera setelah di ambil bahannya.
- Bahan kimia biasanya beracun dan mengkakis.jangan cuba merasa sebarang bahan kimia walaupun ia larutan cair.
Amaran :
Pihak IPG KSM tidak akan bertanggung-jawab di atas apa-apa kejadian yang tidak di ingini sekiranya seseorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan