FUNGSI DAN JENIS KEBUK WASAP:
Kebuk wasap amat penting dalam makmal untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang membebaskan wap-wap yang mudah terbakar,beracun,mengkakis dan berbau.Kebuk wasap berfungsi untuk mengeluarkan udara yang di cemari dengan wap-wap tersebut keluar makmal dan mengalirkan udara yang bersih ke dalam makmal.Perlu dipastikan udara yang keluar melalui kebuk wasap tidak memasuki semula ke dalam makmal melalui tingkap atau saluran2 tertentu seperti melalui penghawa dingin.Disamping kebuk wasap yang digunakan untuk mengeluarkan wap2 yang merbahaya,terdapat juga kebuk wasap yang dapat membendung letupan dan kebakaran.
Kebuk wasap ini memerlukan pintu yang lebih kukuh dan tahan letupan.kebiasaannya terdapat 3 kebuk wasap yang di pasang dalam makmal iaitu: kebuk wasap am,asid perklorik,dan jenis asid hidrofluorik.Kebuk wasap am digunakan untuk eksperimen yang tidak melibatkan asid perklorik dan hidrofluorik.Manakala kebuk wasap jenis asid perklorik dan hydrofluoric direka bentuk dan di buat dari bahan yang tahan kepada bahan2 tersebut.Bersesuaian dengan asid hydrofluoric yang mengkakis kaca,kebuk wasap jenis ini tidak diperbuat daripada bahan2 kaca.Kebuk wasap jenis perklorik pula dibina dari bahan yang tidak mengandungi karbon atau mudah terbakar.
LANGKAH2 KESELAMATAN PENGGUNAAN KEBUK WASAP.
- Kipas penyedut mestilah dipasangkan semasa menggunakan kebuk wasap atau semasa eksperimen yang menggunakan bahan kimia yang perlu ditinggalkan di dalamnya.
- Jangan menggunakan kebuk wasap sebagai stor bahan kimia atau sampel2 lain.Pengumpulan wap-wap bahan kimia akan membahayakan pengguna dan merosakkan peralatan di dalamnya.
- Eksperimenn2 yang tidak melibatkan asid hydrofluoric dan asid perklorik mesti dilakukan dalam kebuk wasap jenis am.manakala eksperimen yang melibatkan asid hydrofluoric dan asid perklorik dalam kebuk wasap masing2.
- Kebuk wasap jenis perklorik dikhaskan untuk asid perklorik sahaja:
- hanya untuk penggunaan asid perklorik shj.kerja2 sampingan mestilah dibuat ditempat lain.
- keselamatan kebuk wasap ini ialah ia perlu di basuh bahagian dalamnya,salur2 dan kipas penyedutnya pada setiap masa atau selepas setiap eksperimen dijalankan.
- semua radas yang digunakan didalamnya hendaklah tidak disalut dengan bahan organic atau pelincir/gris.
- hanya mereka yang memngetahui bahaya asid perklorik dan cara2 pengendaliannya sahaja yang dibenarkan menggunakan kebuk wasap ini.
- Setiap kali hendak menggunakan kebuk wasap,perlu dipastikan kipas penyedut di hidupkan terlebih dahulu untuk mengeluarkan wap2 bahan kimia yang tingal dalam kebuk wasap sebelum pintu kebuk wasap di buka.
- Apabila selesai eksperimen dijalankan,pintu kebukwasap perlu ditutup terlebih dahulu sebelum kipas penyedut di matikan ini untuk mengelakkan wap bahan kimia yang terhasil semasa eksperimen tidak tersebar ke dalam makmal.
- Kipas kebuk wasap mestilah tidak menghasilkan gegaran atau bunyi bising semasa digunakan.
- Pastikan peralatan dan alat radas tidak menghalang buka-tutup pintu kebuk wasap.
- Jangan masukkan badan anda kedalam kebuk wasap semasa eksperimen dilakukan.
- Kebuk wasap hendaklah sentiasa bersih dan kemas.sebarang tumpahan dan percikan hendaklah dicuci dengan segera.
- Halaju udara pada permukaan kebuk wasap semasa pembukaan penuh pintu hendaklah tidak kurang daripada 0.50m/s untuk mengeluarkan udara yang tercemar dan 0.75 – 1.00m/s untuk mengeluarkan wap2 atau bahan2 yang sangat beracun atau 100kaki/m pada paras 1kaki pembukaan kebuk wasap.
- Halaju pada permukaan pintu kebuk wasap hendaklah di periksa dari masa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan